Search This Blog

Wednesday, July 06, 2011

Long Journey: Cerita di Johor, Negeri Sembilan, Kuala Lumpur dan Perlis.

Walaupun cite ni da basi, tapi ianya manis untuk di kongsi bersama.

Pada 20 Jun lepas, mak ayah dan cik jima amik saya kat Nilai. Bayangkan, barang cik jima da penuh bonet, mane nak letak barang saya? Terpikir gak, kalo tak muat pun. Tinggalkan aja cik jima di situ, pandai-pandailah dia naik bas ke Perlis! Kitaorang akan menyambutmu di perlis ya! Hahahaha (kejam, kejam).

Tapi dengan hasil kemampatan milo, redah jek la. Kesian keta cik tira (jangan bagitaun dia pulak). Menangis tak berlagu. Tanpa pikir banyak, kitaoran gi Nilai 3. Cik jima borong beg kat sane. Nak jadik pelajar cemerlang la kate kan. Harganya pun memang murah, dalam area RM20-30. Rugi tak beli. Saya pun beli gak. Beli jubah cik tira sekali. Tuk cik maya, sempat beli tudung syria aja, selendang tak sempat nak pilih. Maaf ya!

Dalam area kol 4 petang, kitaorang gerak ke KL. Gi rumah encik yem. Tido sane. Kesian plak kat diorang seharian dok dalam keta, dari johor ke KL. 

Soknya, saya, cik jima, mak ayah dan encik yem gerak ke Perlis. Perjalanan, enam jam! Seb bek tak patah tulang spica. Ahhahahha..

Sampai aja, kami menginap di UITM perlis. Rumahnya OK la.

Petangnya, encik yem ajak gi Padang Besar. Waktu tu, kedai pun banyak nak tutup coz da nak kol enam petang. Diorang tutup awal rupanya di sini (coz nak balik Thailand kot dan suami memasing semua da tunggu kat rumah agaknya). Kelam kabut jalan kat sana. Ingatkan dapat la beli pape. Tapi takde yang menarik plak. So, cuci mata je la.
Pastu, gi pasaraya. Carik baldi dan barang-barang tok cik jima. And pastu lalu kat IPG cik jima. Dan kat depannya de kedai, so makan-makan. Saya dan cik jima makan burger je. Tak larat nak makan sebenarnya. Pas kenyang, balik UITM, dan tido. Penat, penat..

Pagi-pagi lagi, kitaorang check out daripada rumah tu, coz cik jima kena daftar awal,8.00 pagi.

Sempat singgah di Juru-kedai makan (position unknown). Sedap amat. Pesan nasi goreng udang, sotong. Nasi goreng kosong sepinggan dan sepinggan udang berlada setiap sorang (aku punya, nasi goreng uadang). Udang dia besar-besar. Fuh, mantap!

Masuk je IPG, cik jima terus gi daftar kat kafeteria. Kitaorang pun  makan. Kesian, cik jima tak sarap lagi. Satu benda nak cerita: Nasi lemak dia punyalah pedas, sampai berair mata makan. Ayah, berpeluh beribu. Terharu dengan kesedapannya! Huh.

Lepas makan, kitaorang duduk kat tempat menunggu. Cik jima tak siap daftar lagi.
Daftar kemasukan, cek-cek sijil, tangkap gambar, dan mek kunci asrama. Maka selesailah semuanya. Pastu, kitaorang hantar cik jima ke asramanya. Kesian cik jima kena angkat barang sorang-sorang sampai tingkat empat. Aja-aja fighting cik jima! (kitaorang luar tak boleh tolong).

Berpeluh-peluh cik jima. Kesian tengok cik jima, mak pun belilah sosej dan air mineral untuknya. Lepas salam cium peluk (adegan perpisahan), kitaorang pun meninggalkan cik jima di perlis. Bubbye cik jima.. balik raya ti jumpa lagi.



Dalam kol 10.30 pagi, dari perlis kitaorang balik ke KL ambil barang yang ditinggalkan dan terus ke Johor. Sampai rumah, dalam area kol 11.00 malam..kerana kepenatan, tidur la.

End of 2023

 Hai, Apa khabar semua? Lama benar rasanya tidak menjengah blog ini, datang sini pun sebab rindu. Tidak langsung peduli untuk menaip dan ber...