THE AUTHOR

My photo

Assalamualaikum and hello, o awesome readers!

I guess I'm pretty cool person. I likes be positive, helping others, writing and exploring.  Also a fan of happy ending. Even life is too serious as it is. This blog i called as my second heart. Everything with Allah blessing, i'll share those awesome moments in my life. Overall i think is a lot about my family. 'Cause i love them....LOL.

Thanks for all your support! It means a lot. Anyway, welcome to my life.

Showing posts with label pengkalan balak melaka. Show all posts
Showing posts with label pengkalan balak melaka. Show all posts

Friday, August 11, 2017

Pengkalan Balak, Melaka

Assalamualaikum.

Ok. I donno anything pasal Pengkalan Balak.
What the history panggillan nama dia camtu.
Tapi dia ada pantai.
Tu jer la yang best pasal tempat nih. Yang patut korang tahu.
Hehhehhe...

Pagi Ahad, lepas Subuh. Dengan hujan renyai-renyai.
Kami kuar nak beli breakfast.
Sebab nak ajak semua kuar makan awal pagi memang semua cam lebih sayangkan katil memasing.
Hampeh jer kan.
Anyway,
Pusing-pusing bandar Alor Gajah,
Nampak signboard pantai semua.
Alang-alang gituuu... idea baru pon muncul.

Around 30 minutes maka sampailah kami ke Pengkalan Balak.
Tanggal kasut. Grab topi atas dashboard.
Terus ke pantai.
Dengar bunyi ombak.
Bau air laut.
Rasa pasir kat kaki.
I love it!


Time nih tak ada orang pon.
And, ombak time hujan memang kuat,
So, layan-layan kat tepi pantai tu jela.
Celup-celup kaki.

Balik tuh basah.
Siap sedia nak kena se-das dengan empunya cap yang basah tuh dengan kasut dia yang berpasir.
Hhahaha...
Apa nak kesah?
Kalau kena fire sampai tak masuk akal. Kasut tuh sumbat jer dalam lubang jamban.
Flush.
Biar berbaloi kena marah, kan.

Anyway, nasi lemak and roti canai cuma seringgit ok.
Kuah kari dia jer pelik sikit.
Tapi sedap.
And mandi-mandi... second round ke pantai!
Sebab ada budak nak mandi pantai.
Cuaca pon cantik.
Tak hujan dah.
Yeah....

Rasa nak guling-guling, lompat-lompat kat situ gak.
Tapi menggenangkan masih waras lagi, dan tidak memalukan diri sendirik.
Layan jela sopan-sopan ayu-ayu area situ.
Rindunya kat pantai.
Sangat.




Kalau ada rezeki, balik Johor nak gih pantai lagi.
InsyaAllah.
Seret lah adikku itu. Soh teman kakak dia nih. Hehhehhe.. Nasib lah dapat kakak cam nih.
Ok kot sebab kami memang suka pantai.
Gambate!

To my friend yang sekepala tolong teman ke pantai pagi-pagi buta.
You're the best.
Thank you so so and so much.
= )

Thursday, August 10, 2017

Alor Gajah, Melaka

Assalamualaikum.


As ura-ura post sebelum nih.
Last week me and my friends telah pergi ke Melaka. Hadirkan diri jemputan walimatulurus...
Kat area Alor Gajah nun.
Dalam dua tiga jam daripada KL.
Dengan enam dewasa dan dua kanak-kanak.
Maka berkonvoilah kami dengan dua buah kereta.

Singgah ke Nilai, and lunch makan makanan kampung. Yang cammmm...
Bolehlah.
Sebab diorang yang nak sangat makan sini.
Tengok lauk dia, yang to me, oh no, cam rasa,
Boleh tak masuk dapur kedai ni. Masak nasi goreng jap?

Tapi sebab lapar sangat. Ambil jela ikan and sikit kuah masak lemak.
Pedas!
Telan. Telan. Niat dalam hati, nanti pergi kedai beli cereal.
I'm ok.

And sampai sana, rupanya my friend nih tak akad nikah lagi.
Ingat nak lepak makan, tapi malas.
Sebabkan kami nih semua tak larat. Just terus ke homestay.
On the way singgah speedmart, beli Cococrunch. Mana tau malam nih selera still sama.
Ada back up plan.
Boleh mintak Baby Nana punya susu sikit.
Hahhaha...

Congrats Atikah and husband


Malam tuh, lepak makan kat kedai makan yang dalam rumah.
Bam bam restaurant? Rasa gitu lah nama dia.
Kreative gila. Ala-ala korang buat open house. Tapi kena bayar la makanannya.
Hah gituu...
Pastu pelayan-pelayan dia, anggap jer sedara mara jauh. Buat cam rumah sendiri lah.
Tempat nih best. Cuma,
Satu jer kekurangan dia, korang tak boleh huha-huha macam orang gila. Kena sopan, kepit jer.
Gelak pon sengau.
Paham.

Makanan dia sedap. I ordered fries.
First fries sedap. Second, masin. Eh tukang masak nih. Nak kahwin berapa banyak?
Untuk makanan lain, i donno.
Sebab rasa nak makan fries jer.
Balik kedai. Tapau laici.
Fav ever. Rasa laici Melaka la pulak kan.

Ingat nak sambung lepak dengan diorang malam tuh. Gosip-gosip ke jap.
Tapi mengantuk gila.
Turun kereta. Basuh muka. Tukar baju. Letak kepala, terus out.
Sedar-sedar, Baby Nana menangis. and dah azan Subuh.
Terus bangun jela.

And guess what?
Pagi tuh, sambil nak pergi carik breakfast.
Kami sempat pergi ke pantai berhampiran.
Around 30 minutes memandu.
Pantai!
Pengkalan Balak!
Tanjung Bidara!

Nih, sambung next entry. Pegkalan Balak entry...
Ok!