Search This Blog

Monday, August 12, 2013

Buku yang patut (kaum wanita) miliki

Assalamualaikum.

Hei-hei-hei. Masa sabtu sebelum lek raya minggu yang lepas, aku selamat sampai kat TBS kol 1.00 petang. Tiket kol 02.15 petang… So, aku nak gi sembahyang Zohor pun belom masuk waktu. Dan aku bukannya mak minah kepoh nak round satu TBS tengok apa perkembangan bus yang terbaru kat situ (padahal terpacak dah slogan bus baru untuk bus daripada TBS ke LCCT). Hohoho… Nak melepak sambil duduk saja pun mata dan kaki aku tak larat. Nanti dalam bus seksa kena dok lima jam… mekasih jek la pada bangku yang tak berapa nak kosong tuh.

Nak di jadikan cerita… aku gi la adakan lawatan tak rasmi kat MPH area situ (kedai buku adalah pilihan nombor satu untuk menghilangkan masa terluang anda). Memula aku pusing-pusing situ coz nak beli buku tok cik Ziqa-tapi tak banyak pilihan… so, belek-belek-dan belek lagi-tak beli. Pastu aku gi jengah-jengah kat area buku berbahasa Inggeris-aku jumpa kartunis Lat punyer buku… nak beli, tapi tak rasa nak beli. Next time yer uncle Lat, aku soh sesiapa belanja tolong beli buku hang. Jalan sikit gi, aku merayap jadi kumbang versi manusia depan kaunter dan jumpa buku ini:

“DOSA-DOSA WANITA YANG DIANGGAP LAZIM”
Harga dia Cuma 40 henggit Malaysia. Aku kalau bab buku agama ini, tak berkira sangat. Yolah, tagline dia pun menarik… membaca buku-buku al-hidayah, anda selangkah mendekati Allah. Tanpa banyak pikir, aku pun gi bayar dan menuju ke ruangan solat perempuan. Waktu time tuh dah kol 1:45 beb… siap semua, aku gi balai berlepas.

Dengan penuh yakin, aku gi la gate 13. Pastu nak da kol 2:15 bus aku tak muncul-muncul. Orang yang menunggu pun tarak de. Aku pun tengok la tiket balik… gate 06, tempat duduk 13. Choi !!! aku pun gi la memulakan aksi berlari untuk sukan sukma-sambil berdoa yang bus aku tak lepas gi. Tanyer orang yang jaga kaunter depan pintu, dia cakap bus aku delay 20 minit. Horayyy!!! Manusia pelik yang gumbira sesangat coz bus yang di naiki delay. Gila tak gila la kan.

Memandangkan bus pun delay, bukak la buku… dan memulakan sesi menginsafkan diri di bulan ramadhan.

Sampai sekarang, aku tak khatam lagi… tapi, daripada apa bab dulu sampai la ni-aku memang sarankan kalau korang patut memilikinya sekarang.
Jika hang ni gegurl: korang patut ada buku gaya ini. Tersangat la bagus dan penuh makna. Kekadang kita tengok benda tu simple dan dipandang remeh tetapi ianya ada bukti yang Islam memandangnya dari sudut yang lain.
Kalau korang lelaki: korang patut hadiahkan buku ni kat wifey or orang yang tersayang. Mak, kakak hangpa pun boleh gak. Member itu lebih baik daripada menerima. Betol tak???


Selamat membaca!

Thursday, August 01, 2013

Aku tak pandai bancuh air?!


Assalamualaikum.
Pada lapan hari sebelum raya, nampak ke-jelasannya akan kekurangan terbesar aku. *tertunduk tengok lantai.  Bila mana kawan serumah aku, suruh bancuh air untuk berbuka. Hurmmmm, disebab diorang dah masak… so turn aku la yang kena bancuh air. Gila! Kalau aku tahu, aku mintak time off kat bos nak balik awal. And air TEH?! Apa. Aku terdiam, ada ke air nama gitu? Air the O aku tahu la. Tapi, aku rasa… aku pernah minum… Jap aku pikir dulu. Warna dia cam milky, diorang campur susu tepung ker susu manis ker letak cokelat putih?

Pening-pening… Peh, lagi mencabar minda daripada buat sekawah nasi ayam! Senang cerita, apa kata kita semua minum air putih jek la! Kan tak baik minum manis-manis ni (ayat selamat). *coz aku tak geti buat air tu la, wahai manusia berbulu. Lastly, ada sorang kakak tolong aku (kawan dunia akhirat). Dia cakap, takper…
“Teruih terang”. *malu.
“Bukan apa kak, kalau suh buat air teh O, air sirap, sirap limau, milo… saya geti ar.”

Lagi-lagi if di tembaknya, suruh aku wat air kopi… Nescafe… ice shake… memang seriously out! So, kalau korang jenis gila kopi-kita ni memang takder jodoh, coz dalam hidup aku no caffeine berlebihan-tapi aku minum teh O (the one and only). That’s why, everyday aku lebih prefer minum air putih/ milk. Hahhaha… aku harap benda ini tak membuatkan nama aku kena black list dengan mak-mak mertua di luar sana. Choi!


Agak-agak kalau akulah kerja bahagian pembuat air, mahu bankrupt C cafĂ©/ restorent tersebut. So, sila berikan respect tabik hormat kat sesiapa yang pegang title ‘pembancuh air’, korang memang superb awesome!. Gila-gila mencabar punya job. Aku lebih rela cuci bangunan KLCC daripada buat itu. And korang tak nak ajar aku ker??? *muka tutup dengan helmet.

Idea waktu senggang

Assalamualaikum.
Saper kater aku tak kretip? Sesungguhnya ke-kretip-an aku tersangat timbul bila waktu-waktu senggang… Boring tak tau nak wat apa? So, daripada layan Tv yang penuh dengan gossip-gosip murahan-lagi boring-coz aku tak suka dengar masalah orang lain. Hahhha…



Khas untuk my family:

Dengan kata-kata terakhir… I love you all (*guna loudspeaker). 

End of 2023

 Hai, Apa khabar semua? Lama benar rasanya tidak menjengah blog ini, datang sini pun sebab rindu. Tidak langsung peduli untuk menaip dan ber...