Search This Blog

Thursday, November 07, 2013

FRIENDS: Kawan aku kahwin!

Assalamualaikum,

Paling tajuk utamanya yang aku nak cerita adalah kawan aku si cik Liha dah kahwin!
Pang-kopang-kopang-kopang-gelembing-gelembing.
Pang-kopang-kopang-kopang-gelembing-gelembing.

Aku naik motor (kat kampung benda paling best di buat adalah merempit bersama) pergi dengan si Shu, kawan sepermainan sejak di darjah Tiga. Kami sempat pergi masa dia nikah dan malam berinai.

Anyway, selamat kahwin dan menempuhi alam berumah tangga. Hang kalau masih tak matang den tak tahu nak ghoyak aper... congrats, my friend!.

Aku dah lama tak melukis, tetiba dapat job sebagai seorang penconteng inai orang. So, nervous la. Kang kalau tak terkenan di hati, susah jugak tuh. Inilah ropanya, Inai yang aku ukirkan untuk dia. Sedikit messy untuk copy and paste bagi tangan yang satu lagi. Satu sebab aku boleh persalahkan adalah mata si tube inai begitu besar dan tak sekecil or sehalus yang di ilutrasikan. Jangan tertipu.
Kad jemputan dia yang unik dan creative.
Sekitar gambaran kawan aku kahwin. aku ingat la kan, dia guna tema kuning and hijau... gitulah sebab itu jek wane paling meriah yang aku tengok dalam lapan kali pandang. 

*add info: Aku sedikit terkejut dengan budaya sekarang. Macam-macam pengantin ni kena spend yang aku anggap macam, 'wajib ker? tak cam membazir?' questionnaire... Ni next time ada idea aku nak collaborate lebih. So, malam berinai? Aku pernah dengar, tapi tak suka ambil tahu. Nak wat kajian lebih lanjut pun as aku mention tadi, aku nak wat post special pasal bab ni. So, tunggu…  jeng-jeng-jeng.


Saturday, October 26, 2013

Pemeriksaan gigi di klinik kesihatan.

Assalamualaikum.

Meh, aku nak tanya satu soalan.
Last korang jumpa doctor gigi/dentist bila?

Ahaks. I got you.

Aku tahu mesti ada yang akan jawab masa form five la kan paling latest-nya. Itu tidak baik yer.
Even  korang punya gigi macam Fazura yang pakai optic white ber-bling-bling menyilaukan mata tuh tapi ditekankan bahawa pemeriksaan gigi adalah sekurang-kurangnnya setiap enam bulan setahun. Maksudnya dua kali setahun.
Itu paling minimuuuum. : )


Aku sempat check dua kali setahun lah,
Memang tak sempat, tapi makan sempat lak kan.
Malu ah... And, kenapa?
Kenapa nak jumpa doctor gigi nih?
Penting ker?

Op kos, sebab cer pikir yang korang akan makan dua/tiga kali sehari (yang ada melantak enam sepuluh kali lain kira).
So, untuk aktiviti mengunyah dan menghancurkan makanan kepada cebisan lebih kecil duty goes to your tooth.
Nak tak nak, kita kena take care ia untuk menggelakkan gigi korang merajuk dan mematahkan diri sendiri (or gigi rosak) dan jadi ompong (gigi kosong) cam nenek or opah kat kampong tuh.
Takkan memuda nak kena pakai gigi palsu?
Malu tu.

So, masa cuti raya haji yang lalu…
Aku seperti biasa akan gi klinik gigi and buat rawatan cuci gigi.
Aku from dulu hingga kini gi klinik kerajaan, even my company ada dental elaun. Tapi, aku cam... i trust them more. Sincerely!
Cause so far aku tak ada masalah, and aku puas hati dengan everything.
Service, the nurse and doctor baik dan bagus.
And paling penting all my gigi felt happy...
i'm happy too.

Daftar sehinggit, pastu tunggu nombor anda dipanggil dan rock and roll.

But, seriously... cuci gigi kali ini paling sakit. Si Doctor tu cakap kalau tak tahan angkat tangan, nanti dia berhenti.
Aku angkat tangan, sampai kaki pun aku angkat gak.
Rasa macam nak struggle and broke that stupid thing, but bila dr cakap, lagi sikit jer dik.
Sabar yer.
Aku tahan jugak, even ada la babak hentak-hentak kaki kat kerusi tuh. Sampai tertelan air dia sekali.
Sucker dia aku buat perhiasan rasanyer...

Choi,
After five minutes... baru dia stop.
And itu aku tak kisah sangat la. Apa la nak di salahkan kalau rasa ngilu dan sakitnya. Randomly semua orang akan rasa itu semua.

Think positive: gigi anda akan kelihatan cantik dan berseri-seri bagaikan mendapat rawatan SPA (untuk gigi).
Hohohoho…
siap semua, korang kena bayar dua hengget untuk perkhidmatannya.
Total all, just three ringgit Malaysia.

Murah gila kan? Rasa macam nak cuci hari-hari.

Korang biler lagi? 

Excited punyer pasal aku dapt nombor satu naaa...
p/s: My great beat friend akan kahwin 2nd nov. Oh my, rasa tak sabar. Aku start cuti adalah daripada 29 oct sampai 3rd nov. Job aku adalah untuk lukiskan inai? I like. Thanks dear. 

Thursday, October 17, 2013

Jadi Sukarelawan/ Volunteer.

Assalamualaikum,

Hey, saper cakap aku ni tak berjiwa volunteer? Aisy, sila tolak fakta itu jauh-jauh yer coz pada bulan lepas, aku ada do this really kind heart job. Sila tepuk tangan ramai-ramai. Under TIMA, Tzu Chi International Medical Association.
*orientation-thanks to Dr. Eddy, pediatric consultation daripada General Hospital.

TIMA... Actually untuk medical kena pakai baju putih. So, first time kan. Aku sempoi jek la.
Ini doctor yang aku assist. 
hey, it's me... assist untuk prostate examination! 
So, actually before Raya Haji ada program ini lagi, tapi memandangkan aku balik awal untuk Raya holiday... tak dapek den nak nolong. Next time aku join. Hopefully, just ringankan tangan untuk menolong, mostly aim yang aku suka lakukan. Bukan jugak semua orang ada duit nak dapatkan rawatan, it's free dan even tak mendalam. And one more thing, kalau nak tolong... sila jangan pandang dia agama apa? bangsa apa? budaya apa? negara apa? Coz kita jugak ditolong oleh Allah. Allah pun menolong semua umatnya, tak kira dia sejahat kufur mana pun. 

Rumusan yang aku dapat kali ini adalah (untuk prostate examination), hal ini looks like breast examination untuk perempuan. Ada kesedaran tapi tak ambil action. So, camner nak detect? Malay, about 5%... than other race. itu pun diorang buat check untuk bahagian lain. Untuk prostate examination, nil. No malay... just Indian and Chinese jek... See... salah diri sendiri. 

p/s: disebabkan hang tak keluaq rumah, takkan aku nak serang rumah hang kot!

End of 2023

 Hai, Apa khabar semua? Lama benar rasanya tidak menjengah blog ini, datang sini pun sebab rindu. Tidak langsung peduli untuk menaip dan ber...