Search This Blog

Wednesday, December 04, 2013

Inai / hand tattoo tips

Assalamualaikum,

Hello, aku tahu kalau orang yang nak carik gambo-gambo inai ni adalah bakal pengatin or ada kaitan dengan si pengantin. Betul dak? So, aku juga pernah melalui saat-saat ini. Tapi pause bila cakap yang akulah si bakal pengantin yer, coz mak aku belum temui jodoh pilihan untuk aku. So, buzz-wrong answer. Tolak 800 markah.

 Aku paham. Memang pening kepala gak bila pikir nak wat gaya apa kan… steady, take it easy. Tarik nafas dalam-dalam. Benda ini senang sajer. Dok sah gaduh-gaduh sampai tarik rambut okay. Benda ini boleh bawak berbincang sesame kaum wanita yang terpelajar. Hhahaha, cam choi jer ayat aku kan. Tapi, betul apa aku cakap.

Baiklah. Penyelesaian paling cool. Kita tanya jek si pengantin, ‘hang nak gayo apo?’ biar depa yang jawab… Sambil diorang dok blah, blah, blah untuk benda yang kekadang tak masuk akal. Kita layankan sambil imiginasikan dan lakarkan dalam sebuah kertas. Maka, apa yang terhasil… korang bagi adjust sikit.

Kalau dia cakap tak kisah, korang suruh dia sign black and white first! As warranty, biar nanti tak de kes sue sana sini. No amputation case untuk dua belah tangan yer dak. Merana mak ayah korang tengok.


Tip terbaik daripada aku untuk korang:

 Tip dari sudut baik: Benda ini bukan penting pun. Tak ada masuk dalam wajib rukun kalau nak kahwin. Tok kadi pun tak ado nak wat check up la. So, kalau korang tak inai kan diri sendiri, tarak ghapo-ghapo.

Tip dari sudut orang veteran: Ada ramai berpendapat yang-biarlah lukis yang ada unsur flora and fauna. Bebunga gitu bersama kerawang-kerawang. Ummm…

Tip dari sudut gegila: Kalau korang lukis gambo SpongeBob square pants pun ok what! Dah itu yang korang minat, diorang leh cakap apa. Itu hak korang, pertahankan!




Selamat berbahagia kepada si pengantin dan selamat perah otak kepada si pelukis inai sekalian.

Aku chow dulu.

i love this one! sesaper nak taja aku wat ini masa my happy day, sila isi borang sekarang. hahhah

Friday, November 22, 2013

Sikap terlalu membangga diri

Assalamualaikum.

Seperti tajuk di atas, manusia memang tak boleh lari dengannya. Boleh dirujuk kepada sama ada adik beradik sendiri, sedara, kawan-kawan dan orang yang kita tak kenali. For sure (termasuk diri sendiri gak tau)! Tak 80% mesti ada jugak keberangkalian 20.1% betul. Dok sah malu nak ngaku la. Dan mesti korang pelik kenapa aku nak cerita mengenai ini semua pulakkan… takkan dah tukar job jadi si busy body! No, no, no. Tapi aku mahu sharing sesuatu, sebagai tip and pedoman agar kita sama-sama tak terjebak dalam tabiat yang mampu memusnahkan hidop dunia akhirat ini. Betul tak? Tabiat kalau dilakukan lama-lama akan jadi habit. Tapi untuk jadikan sikap terlalu membanggakan diri/ riak sebagai habit… uh-No way! Never and ever.
                                              
Ginilah… sejak dulu, perangai aku memang suka menilai keperibadian seseorang itu. Alien tak alien la jugak. So, aku suka tengok daripada lenggokan, percakapan dan everything dia (someone) lakukan. Lagi-lagi kalau bab orang yang aku kenal. Bukan tenung gitu, tapi sekilas pandang. Maksudnya adalah sikit-sikit curi-curi pandang gitu (tapi aku bukan psycho okay). Try and error akan mana dia tak suka, apa hobinya, cara dia makan, dia ketawa. Why? ‘coz daripada situ, kita akan tahu yang -> Uh, dia ni jenis macam ini… Contoh antara ayat yang korang akan cakap ‘dalam hati’. Cakap kuat-kuat nanti dia dengor. Bahaya!

If korang perasan, dalam kita dok berbual sambil melepak… manusia jenis ini adalah group-group yang suka cakap kosong. Prove? Pengalaman mengajar itu semua. Dan korang akan perasan ini sememangnya berlaku di antara kita. Dalam setiap ucapannya berbaur yang dialah paling brilliant, dialah hebat, dialah gojes, dialah paling competent among others. Choi! Dan kalau korang perasan jugak, yang tak membuat sebarang eksprasi muka adalah antara golongan yang akan berperan sebaga pentafsir terbaik (macam aku). Berbanding yang terang-terang buat mula -> loya mak dengar.

Jika korang salah tempat untuk membanggakan diri, korang dianggap ‘loser’! So, berhati-hati dengan setiap patah perkataan yang dikeluarkan. Let say, si A cakap yang:
“Hay, you know what. My father baru balik daripada Singapore and dia belikan I itu, ini…blah..blah… Dan sebenarnya I pun tak suka baju ini, jadi U ambil la. FOC. Nanti next week, my mother gi Thailand. I nak suruh dia beli baju baru kat sana je.”
Bila yang lain hanya menggangumi. Akan ada antara mereka yang actually berdiam dalam menilai akan kesengalan si pencerita:
“Eh, budak ini biar betul? Aku yang every weekend ulang alik daripada UK ke Malaysia pun tak kecoh macam gitu.”
Akan ada, percayalah. Lagi, lagi bila melibatkan hal politik Negara. Surely, ayat kena banyak fakta. Barulah korang tak rasa ‘bodoh’ sangat. Serious! Dan jangan suka buat sesuatu yang memelukan diri sendiri. Tolonglah.

Then, sebagai akhir kata… nak cakap itu-pandang kiri kanan. Tengok siapa audience kita. Kalau budak tadika korang nak kelentong pasal beg LV, mungkin bolehlah. Tapi hati-hati sikit sebab budak zaman sekrang lagi advance. Sekali dia keluarkan Ipad dan google. Boleh terngaga hang!

Adious amigos.

Thursday, November 07, 2013

FRIENDS: Kawan aku kahwin!

Assalamualaikum,

Paling tajuk utamanya yang aku nak cerita adalah kawan aku si cik Liha dah kahwin!
Pang-kopang-kopang-kopang-gelembing-gelembing.
Pang-kopang-kopang-kopang-gelembing-gelembing.

Aku naik motor (kat kampung benda paling best di buat adalah merempit bersama) pergi dengan si Shu, kawan sepermainan sejak di darjah Tiga. Kami sempat pergi masa dia nikah dan malam berinai.

Anyway, selamat kahwin dan menempuhi alam berumah tangga. Hang kalau masih tak matang den tak tahu nak ghoyak aper... congrats, my friend!.

Aku dah lama tak melukis, tetiba dapat job sebagai seorang penconteng inai orang. So, nervous la. Kang kalau tak terkenan di hati, susah jugak tuh. Inilah ropanya, Inai yang aku ukirkan untuk dia. Sedikit messy untuk copy and paste bagi tangan yang satu lagi. Satu sebab aku boleh persalahkan adalah mata si tube inai begitu besar dan tak sekecil or sehalus yang di ilutrasikan. Jangan tertipu.
Kad jemputan dia yang unik dan creative.
Sekitar gambaran kawan aku kahwin. aku ingat la kan, dia guna tema kuning and hijau... gitulah sebab itu jek wane paling meriah yang aku tengok dalam lapan kali pandang. 

*add info: Aku sedikit terkejut dengan budaya sekarang. Macam-macam pengantin ni kena spend yang aku anggap macam, 'wajib ker? tak cam membazir?' questionnaire... Ni next time ada idea aku nak collaborate lebih. So, malam berinai? Aku pernah dengar, tapi tak suka ambil tahu. Nak wat kajian lebih lanjut pun as aku mention tadi, aku nak wat post special pasal bab ni. So, tunggu…  jeng-jeng-jeng.


End of 2023

 Hai, Apa khabar semua? Lama benar rasanya tidak menjengah blog ini, datang sini pun sebab rindu. Tidak langsung peduli untuk menaip dan ber...