Search This Blog

Showing posts with label besar kesalahan aku. Show all posts
Showing posts with label besar kesalahan aku. Show all posts

Tuesday, April 17, 2018

Masuk penjara


Nasihat aku
(aku hujung-hujung nih, banyak guna aku-kau. Sorry guys!)

Aku nih bukanlah dalam spesis manusia yang pandai memandai nak bagi-bagi nasihat.
Nak tunjuk mana betul, mana salah.
Ke nak hukom mana-mana pihak on your behalf.
Tapi kalau kau nak tahu apa nasihat aku tentang diri kau. Secara randomly. Sure.
Aku lagi suka.
Bacalah tentang apa yang bakal aku tulis. Silakan.
Pesan aku, hati mau kuat.
Kalau rasa nak stop, stop jer.
Esok, lusa ke tahun depan… sambung baca lagi.

I can be a good listener. Good shoulder to cry on.
Sweet tak? Hhehehhe…
Kalau kau nak cakap, kau dah buat dosa itu ini.
Zina sana sini, minum arak, dadah, suicide or lebih daripada itu…
Serius. Aku bukan sesiapa nak hukom kau.
Dan mereka bukan sesiapa nak judge kesalahan yang kau pernah buat.
Itu hidup kau.
Itu pilihan yang kau pilih.

Sebab bagi aku.
Masuk penjara tak semestinya bersalah, undang-undang manusia.
Tapi kalau masuk neraka tuh dah pasti salah. Sebab hukuman Allah tak pernah silap, saksinya tak pernah menipu.
Dan even kau memang bersalah.
Kau mengaku itu, kau yang buat.
Memang betullah penjara untuk kau. Dan neraka juga untuk kau.
Betul tak?

Tapi, kau kena ingat. Macam mana kesalahan besar kecik yang kau buat.
Kau masih hidup.
Kau masih bernafas, paru-paru kau masih menyedut udara Allah.
Allah masih sayangkan kau.
Dia masih beri kau peluang.
Peluang yang entah ke beratus kalinya.
Yang kau sendiri tak terkira dengan jari jemari.
Itulah harapan Allah pada kau.
Dia masih menunggu kau.
Ku jer yang bongkak pada Pencipta sendirik
Tak malukah engkau?

Kau angkat tangan kanan.
Kau letakkan kat dada kiri.
Kau pejam mata rapat-rapat.
Kau dengar denyutan jantung kau sendiri.
Dan kau tanya diri sendiri, kau nak tunggu bila baru nak berubah?
Jangan sampai denyutan ini menhempaskan lelahnya.
Dan kau baru nak memuntahkan kekecewaan.
Jangan.
Jangan sampai terlewat, wahai engkau.


Hari ini kau cakap kau jahil, esok mungkin kau adalah yang paling berilmu.
Hari ini kau cakap kau dibenci, esok mungkin kau adalah yang paling disayangi.
Kau fikir itu.
Kau hadam itu.
Kutiplah sisa-sisa hidup kau.
… Dan jika benar kau mahu berubah.
Sikit pun jadilah.
Lambat pun tidak mengapa.
Biar hina di pandangan manusia. Jangan sesekali hina di pandangan Allah.
Jangan.

Image result for weheartit islamic

Itulah nasihat aku untuk kau.
Aku tahu kau dah biasa dengar, baca ayat-ayat kat atas tuh.
Hati kau mungkin keras.
Kau susah nak terbit rasa dan perasaan pada ayat-ayat tersebut.
Bukan salah kau.
Tapi salah iman kau.
Aku hanya boleh berdoa daripada jauh.
Untuk kau.

Tak salah menyesal.
Akan apa ynag telah terjadi.
Benda dah jadik. Nak turn over time, sipalah kita.
Tapi, 

Daripada situ kita belajar.
Tapi kita ambil ikhtibar.
Kita jadikan garisan perubahan.
Betul tak?


Aku hidup dengan matlamat.
Aku tahu aku tak hidup lama.
Sebab dunia nih bukan aku punya.
Andai esok aku mati, amalanku hanyalah seinci. Dosa aku menggunung tinggi.
Betul aku tak tipu.
Sebab aku pon baru nak berubah, baru nak belajar agama.
Kita sama.


Tapi, aku cakap lagi sekali, aku hidup dengan bermatlamat.
Aku mahu perginyaku bukan dengan sia-sia.
Jadi setiap hari, aku berharap ianya lebih baik daripada semalam, atau kelmarin.
Kerana hati aku mudah goyah.
Merintih bila pedih.
Lelah bila rebah.
Tapi aku akan terus mendaki.
Biarpon kakiku menggigil kepenatan.
Tolong doakan aku.


Aku pon sentiasa doakan kalian.
= )

End of 2023

 Hai, Apa khabar semua? Lama benar rasanya tidak menjengah blog ini, datang sini pun sebab rindu. Tidak langsung peduli untuk menaip dan ber...